Walaupun banjir akibat hujan lebat hujung minggu lalu kebanyakannya telah surut, penduduk di Bentong dan Karak, Pahang masih berdepan banyak kesukaran dalam membina semula kehidupan.<br /><br />Antara cabaran terbesar adalah membuang barang yang telah rosak ekoran rumah dinaiki air, serta membersihkan rumah daripada lumpur dan selut di tengah kurangnya bekalan air bersih.